MARANG – Kegembiraan orang ramai yang
datang bertali-arus untuk mengutip kerang di sekitar kawasan Pantai Rhu Dua, di
sini, bertukar cemas apabila seorang pemuda berusia 20-an nyaris lemas,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi
itu, mangsa dikatakan asyik mengutip kerang hingga dihanyutkan ombak ke tengah
laut sebelum orang ramai membantu dengan menarik mangsa ke darat.