Sabtu, 27 September 2014

ANGKARA "MAT KUDA" Kes curi pili bomba menjadi-jadi


KAMPUNG RAJA - Kejadian mencuri komponen pili bomba semakin menjadi-jadi sehingga boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai sekiranya berlaku kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, kes kecurian komponen pili bomba semakin berleluasa di daerah ini terutama di kawasan Kampung Raja.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga semalam, bilangan komponen dan pili bomba yang didapati hilang atau rosak sebanyak 63 unit.

Jumaat, 26 September 2014

CARA DAP UNTUK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM DAN MALAYSIA???


BARUA LIM GUAN ENG sememangnya cuba sedaya upaya untuk memecahbelahkan umat Islam dan menkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia.

DAP hari ini membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana mempertahankan penggunaan Akta Hasutan, mengatakan beliau "buta" dan "tidak berperasaan" kerana gagal melihat yang ia digunakan sebagai senjata politik tehadap mereka yang menentang Barisan Nasional.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Low yang merupakan bekas presiden Transparency Malaysia, sudah berubah daripada seorang aktivis masyarakat kepada seorang yang sama sahaja seperti ahli politik Umno-BN.

"Low lebih teruk berbanding rakan sekerjanya yang bukan ahli politik, Datuk Seri Idris Jala, yang menyuarakan bantahan terbuka terhadap Akta Hasutan namun tidak berani menyatakan bantahan dalam mesyuarat Kabinet," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. – 26 September, 2014.


Selasa, 23 September 2014

Pindah kepala kereta api ke Dungun, tapi apa jadi dg Artifak di Bukit Besi ???


Artifak yang berada di sekitar Bukit Besi, hanya tinggal begitu saja. Kenapa tidak diurus atau dibaikpulih untuk bahan sejarah bagi pelancung ???????

KETENGAH tidak mampu untuk menyelia Artifak-Artifak yang terdapat di Bukit Besi.

DUNGUN – Jabatan Muzium Negeri Terengganu akan memindahkan kepala kereta api yang kini berada di Muzium Negeri ke Muzium Daerah Dungun dalam masa terdekat sebagai satu bahan pameran kepada masyarakat setempat.

Timbalan Pengarahnya, Che Muhammad Azmi Ngah berkata, usaha tersebut dilakukan sebagai satu penghormatan kepada Dungun kerana kepala kereta api itu adalah bahan sejarah yang asalnya dibawa dari Bukit Besi, Dungun ke Muzium Negeri.

Isnin, 22 September 2014

OTAK LEMBU PERANGAI KELDAI > Datuk Mohd Nasaruddin Daud ?


Nak kata cerdik, bodoh. Nak kata kuat ilmu keagamaan tak de pulak. Inilah dia manusia yang mengaku dirinya pandai dan berilmu tinggi dalam bidang Agama Islam iaitu tak lain dan tidak bukan Ketua penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud.

Dengan begitu mudah mengeluarkan perkataan yang menghina, memfitnah serta memburuk-burukkan orang lain.

Apa kurangnya di Kelantan terutama di Kota Bharu? Kalau nak diceritakan….Allahhuakhbar. Terlalu banyak kegiatan-kegiatan perjudian termasuk maksiat bersepah dan berkeliaran sejak puluhan tahun.

Adakah itu dinamakan NEGERI SERAMBI MEKAH ??

Mungkin juga di pemerintah PAS di Kelantan tidak celik dengan Al-Quran agaknya.

Ahad, 21 September 2014

JENG...JENG...JENG...MANUSIA BOSAN MENJADI KAYA ????


Kota Bharu: “Wang dan kemewahan hanya membangkitkan kebencian sesama manusia dan disebabkan itu saya putus asa mencari kekayaan dunia sekali gus memilih jalan ini,” luah Roxhana Omar, 35 yang rutin hariannya mencari golongan kurang berkemampuan seperti miskin dan cacat untuk dibantu secara sukarela.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...