Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2011

Tabung Penyakit Kronik – rakyat dapat faedah

Kes 1:

Kanak-kanak berusia lapan tahun, Ayub Mansor dari Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu, sepatutnya berada di sekolah pada setiap hari persekolahan. Bagaimanapun, disebabkan dia menghidap penyakit jantung yang kronik, kanak-kanak malang itu terpaksa menghabiskan banyak masa di atas katil.

Keluarga Ayub sedih apabila melihat dia tidak dapat bermain dengan kanak-kanak sebaya dan terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan.

Kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ke rumah keluarga Ayub kira-kira dua tahun lalu, telah merubah segala-galanya. Menteri Besar meminta Ayub dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan dan semua kos ditanggung oleh kerajaan negeri.

Selepas menjalani pembedahan dan rawatan, kini Ayub bukan saja boleh ke sekolah pada setiap hari, tetapi dia juga mampu mengayuh basikal keliling kampung.

Jumaat, 18 Mac 2011

Program tadarus al-Quran terbuka di Masjid Kristal


Program tadarus al-Quran sempena musim cuti sekolah yang diadakan di Masjid Kristal akan diadakan secara terbuka berkonsepkan program realiti televisyen, bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat menyertai program tersebut.

Rabu, 9 Mac 2011

Kemunculan TSG Beri Tentangan Siri Jelajah Malaysia


Pasukan yang mewakili benua Malaysia yang dibentuk Kerajaan Terengganu, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) menjadi antara pasukan yang bakal menjadi tumpuan dan memberi tentangan sengit dalam siri jelajah berbasikal tertua negara,Jelajah Malaysia (JM) yang menbuka tirainya pada hari ini (8 Mac).

Siri jelajah yang sudah memasuki usia 47 tahun itu disertai 20 pasukan tahun lalu, namun kali ini penyertaan meningkat kepada 30 pasukan yang menyaksikan persaingan bertambah hebat dengan setiap 180 pelumba akan saling mencabar bagi memburu kejuaraan.

Ketua pasukan TSG, Anuar Manan berkata, pasukannya akan melakukan yang terbaik dan melihat persaingan amat sengit antara semua pasukan.

Selasa, 8 Mac 2011

Menabung Untuk Pendidikan Masa Depan Anak-Anak - MB


Kebanyakan kaum Melayu di negeri ini tidak membuat tabungan dan merancang pendidikan masa depan untuk anak-anak sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang disediakan kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat semata-mata.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sikap buruk itu menyebabkan mereka terpaksa menagih simpati pelbagai pihak bagi memastikan anak mereka dapat meneruskan pelajaran terutama ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang memerlukan kos pengajian yang tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...