Memaparkan catatan dengan label Barangan Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barangan Jepun. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2011

Pemeriksaan ketat ke atas produk makanan dari Jepun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengenakan pemeriksaan tahap lima iaitu Tahan-Uji-Lepas terhadap produk makanan yang diimport dari Jepun berikutan berlaku beberapa siri letupan loji tenaga nuklear di negara itu ekoran gempa bumi dan tsunami. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, berkata pemantauan ketat itu harus dilakukan kerana letupan yang berlaku itu dikuatiri menyebarkan bahan radioaktif yang berlebihan dan boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.


Justeru beliau berkata, sampel makanan akan diambil daripada pintu masuk negara untuk ujian pencemaran bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia dan konsaimen makanan itu hanya akan dilepaskan sekiranya ia mematuhi tahap radioaktif yang ditetapkan oleh ''Codex Alimenterius Commission''.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...