Sabtu, 6 September 2014

KHALID SAMAD MENGETUAI GOLONGAN BARU DALAM PAS ???


KHALID GEREJA TELAH MENGETAHUI PERANCANGAN MENUBUH PARTI BARU ?

BAGI saya, sebagai seorang yang telah berada dalam Pas selama 30 tahun lebih, saya melihat Pas sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah dihadapi sebelum ini.

Saya sebenarnya lebih selesa berhujah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnyagolongan baru, (Klik) yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan Pas dalam membawa mesej Islam.

Khamis, 4 September 2014

Penyelewengan yang melampau > KDRM patut diswastakan ?


Operasi SPRM: 24 termasuk 12 pegawai Kastam ditahan, 207 akaun dibekukan
Susulan pemantauan selama lebih setahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket terbesar penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion.

Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion.

Semalam, SPRM membuat tangkapan ke atas seramai 24 individu termasuk 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat. Selebihnya merupakan 12 anggota sindiket dan mereka ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pegawai-pegawai Kastam yang ditahan berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah seorang darinya adalah pengarah negeri.

Dua daripada mereka merupakan "Datuk"KLIK


Selasa, 2 September 2014

Tektik sindiket dadah warga Indonesia tumpas

Gambar hiasan
GEORGE TOWN - Empat lelaki rakyat Indonesia ditahan dan syabu bernilai RM3.5 juta dirampas di perairan Barat Daya Tanjung Tokong di sini, Jumaat lepas.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kapten (M) Kamaruszaman Abu Hassan berkata, rampasan dan tangkapan itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap sebuah bot perdagangan tukar barang yang sedang belayar menuju Acheh, Indonesia.

"Bot yang berdaftar di Indonesia itu baru berlepas dari Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dalam keadaan mencurigakan dengan muatan 300 guni bawang merah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap bot itu mendapati tempat simpanan bot telah diubah suai dan dadah jenis syabu seberat 16.9 kilogram itu disembunyikan di dalam petak kayu khas yang ditimbuni guni berisi bawang.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah dan bawang itu dieksport dari negara ini untuk dipasarkan ke Indonesia.

Kamaruszaman berkata, tekong dan tiga awak-awak berusia antara 32 dan 52 tahun yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka direman 12 hari bagi membantu siasatan. - Bernama


Isnin, 1 September 2014

Mendidik anak masa kini lebih sukar


KUALA LUMPUR (Klik): Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bertitah mendidik anak-anak pada masa kini lebih sukar kerana dipengaruhi kepantasan ilmu teknologi dan pelbagai pengaruh dari negara luar.

Titah baginda, didikan itu juga tidak akan sama seperti dahulu memandangkan pengaruh dan budaya luar kini kian menghakis budaya Timur yang sememangnya terkenal dengan adap sopan dan tutur pekerti.

Sehubungan itu, baginda bertitah kepada ibu bapa agar sentiasa bersedia dengan cabaran tersebut dan peka dengan perubahan anak-anak bagi membina sebuah keluarga mithali.

"Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk keluarga jangan dijadikan penyebab kita mengabaikan anak-anak.

Kita perlu menjadi ibu bapa yang cemerlang serta meletakkan diri sebagai tauladan yang baik kepada anak-anak, tidak mengira dalam soal ketaatan agama dan lemah lembut dalam pertuturan," titah baginda.

Ahad, 31 Ogos 2014

MAT TAIB TAKUT PAS KELUAR PAKATAN DAN MEMBURUKKAN KEWIBAWAAN PAS?


PAS dimalukan MAT TAIB ???

PAS kena ingat, MAT TAIB siapa ? (Klik)

SHAH ALAM –  Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan kemenangan Pas di seluruh negara bergantung pada undi daripada pengundi Cina.

Menurutnya, Pas bakal kalah apabila pengundi Cina menarik sokongan sekiranya parti itu bertindak keluar PR.

Saya lihat banyak kawasan-kawasan di seluruh negara ini yang kemenangan Pas itu bergantung kepada undi (kaum) Cina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...