Sabtu, 16 April 2011

Anwar cabut lari dari Sarawak, tinggallah Baru Bian sendirian..!!!

alt

Ketika artikel ini ditulis, penulis diberitahu bahawa Anwar sudah pun meninggalkan Bumi Kenyalang. Dia dikhabarkan meninggalkan Sarawak lewat petang tadi. Tak tahulah ke mana. Ada yang kata dia pulang ke Semenanjung, dan ada pula yang kata Anwar lari ke Amerika Syarikat, malu nak tunjuk muka lagi di Kuala Lumpur.

Ekorang pendedahan Datuk T mengenai skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar beberapa minggu lalu, Anwar sudah cukup derita dan menggelabah mencari alasan demi alasan. Nak dijawab “konspirasi peringkat tertinggi”, sudah banyak kali digunakan jawapan itu. Sudah basi. Nak dijawab fitnah pun susah juga orang nak percaya sebab rupa fizikal serupa sangat.

Itu belum lagi difikir mengenai Omega lagi. Buat masa ini, sesiapa saja yang tanya mengenai video seks itu masih lagi boleh dijawab, lagi pun polis tengah siasat video itu. Tapi bab Omega ini payah sikit. Pantang ditanya. Jika ditanya, melenting saja jawapannya.

Jumaat, 15 April 2011

Perdana Menteri lawat Terengganu 30 April ini

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu sempena Program Turun Padang (PTP), 30 April ini (Sabtu).

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan terus memulakan lawatan ke Pekan Batu Enam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus.

Perdana Menteri akan berjalan kaki menemui pemimpin dan rakyat di Peti Undi Batu Enam, DUN Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus serta menikmati sarapan pagi di Kedai Alias, di Pasar Batu Enam.

Khamis, 14 April 2011

ALTANTUYA PERISIK TAJAAN ANWAR DARI SINGAPURA



Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. Segalanya adalah "konspirasi" ciptaan dan rekaan Anwar untuk memerangkap, tetapi jerat tak mengena. 

Tiada apa yang dapat dibuktikan Anwar Altantuya untuk mengukuhkan kenyataannya. Bayangkan setiap 3 minit Altantuya Anwar boleh bermesej, membuktikan hanya perisik saja boleh berbuat demikian. 


Rabu, 13 April 2011

Selangor Rampas Takhta Liga, Perak Benam Kelantan 4-0

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Selangor kembali melonjakkan diri ke tangga teratas Liga Super setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Gol kemenangan skuad bimbingan K. Devan itu disumbangkan oleh Mohd Fadzil Saari pada minit ke-31.

Dengan kemenangan tersebut, juara bertahan Liga Super itu kini mengumpul 23 mata dengan memiliki satu kemenangan ke atas pencabar terdekatnya, Kelantan yang tumpas mengejut 0-4 kepada Perak selepas sebelas perlawanan.

Di Stadium Perak, IPOH, pasukan tuan rumah nyata mencipta kejutan apabila berkenduri gol 4-0 menewaskan pasukan Kelantan untuk mendapat kemenangan keenamnya.

Selasa, 12 April 2011

Bekas Pemain Bola Sepak Ditahan Miliki 120 Gram Heroin

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) -- Seorang bekas pemain bola sepak Piala Presiden pasukan Terengganu dan isterinya ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pemain bola sepak berusia 21 tahun dan isterinya berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan polis ke rumah pasangan itu di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong pada pukul 9.30 malam, Sabtu lepas.

Polis menemui dadah jenis heroin seberat 120 gram yang dianggar bernilai RM30,000 di rumah itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid.

Isnin, 11 April 2011

Sultan Ahmad Shah Presiden baru AFF


BANGKOK - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas menang tanpa bertanding pada Kongres AFF Ke-18 di Bangkok, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Datuk Worawi Makudi, yang juga Ahli Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

Ahad, 10 April 2011

Seberang Takir perintis Sebuah Rumah, Seorang Graduan


Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menjadi lokasi perintis program `Sebuah Rumah, Seorang Graduan’ sebelum program yang sama dilaksanakan di seluruh Terengganu secara berperingkat-peringkat.

Seramai 28 keluarga dari Kampung Tok Jembal dan Kubang Badak, DUN Seberang Takir terpilih menjadi keluarga angkat kepada 31 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terdiri daripada pelbagai kursus pengajian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...