Memaparkan catatan dengan label Terengganu TerBersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganu TerBersih. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2014

TRANFORMASI TERENGGANU BARU (TTB) atau TERENGGANU TerBersih ??


BAK KATA PEPATAH BAGAIKAN MENCURAH AIR DIDAUN KELADI !!!

Bagai nak rak Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan dasar Tranformasi Terengganu Baru (TTB) atau Terengganu TerBersih sila tonton video bersebelahan. KLIK SINI

Nak sedap cerita dengan keprihatinan Datuk Ahmad Razif sendiri turun padang melihat serta merakamkan gambar dibeberapa kawasan tempat pembuangan sampah disekitar Kuala Terengganu. Sungguh menjijikkan dan kekecewaan terbayang dimuka beliau kerana apa yang telah diarahkan kepada MBKT tidak diperdulikan langsung.

Pada hari ini pula rakaman gambar telah dibuat dibeberapa kawasan secara rambang mendapati apa yang telah dipersoalkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif tidak diperdulikan langsung oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.



Dah masuk hari ke enam, masih berhari raya lagi agaknya. Pengunjung ataupun anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya begitu terperanjat dengan keadaan sampah sarap yang yang menjijikkan tidak diangkut oleh pihak MBKT atau Majlis Daerah Tempatan, apa tah lagi pelancung.




Kalau begitu caranya pendekatan yang dibuat oleh mereka ini diatas arahan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif walaupun telah diberi amaran keras selain disiarkan secara langsung di TV 1 dan akhbar-akhbar tempatan pun tidak diambil peduli atau "NGANJIN" hamba pun tak tau lah...... !!!!

Jumaat, 1 Ogos 2014

#TTB: ARAHAN YANG MUDAH PUN SUSAH NAK BUAT, APA TAH LAGI YANG LAIN !!!


SIKAP KETELUSAN, KEIKHLASAN SERTA KETERBUKAAN ADALAH PENTING UNTUK MENERIMA APA JUA ARAHAN YANG DITERIMA.


HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu mengenal pasti empat lokasi pelancongan di daerah Kuala Terengganu yang perlu diberi penekanan utama dari aspek kebersihan bagi keselesaan pelancong ke negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lokasi itu adalah Dataran Shahbandar, kawasan Batu Buruk, Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai serta Pantai Teluk Ketapang di Seberang Takir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...