Sabtu, 5 Julai 2014

Pulih keyakinan kakitangan awam


KUALA TERENGGANU – Peranan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) akan dipertingkatkan dalam usaha memulihkan kembali keyakinan kakitangan awam terhadap kerajaan menjelang PRU14.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengulas mengenai isu kakitangan awam yang dikatakan cenderung kepada pembangkang pada PRU13 lalu berkata, APMT akan dipertanggungjawabkan secara lebih proaktif memberi penerangan mengenai tugas-tugas kerajaan.

Ahmad Razif berkata, langkah itu dilihat sebagai satu penambahbaikan dalam transformasi yang pernah dinyatakan beliau sebelum ini.

“Saya sudah buat pelantikan pegawai yang boleh main peranan terutama APMT, kita akan jadikannya satu entiti yang ditugaskan untuk memberi penerangan tentang dasar kerajaan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Pengemis asing di KL mampu tinggal di hotel tiga bintang

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.

Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.

"Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan. - BERNAMA

Khamis, 3 Julai 2014

Penjawat awam, pesara kerajaan dapat bantuan Aidilfitri pada 15 Julai ini


PUTRAJAYA 2 Julai - Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

"Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," kata Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 2 Julai 2014

Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtad. PAS bagaimana ??


Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
"Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.

Adakah Sesuai Akta Keharmonian Kaum ???

SHAH ALAM - Perkara sensitif masyarakat berbilang kaum negara ini melibatkan elemen agama, kaum dan budaya akan tetap menjadi garis panduan kepada Akta Keharmonian Kaum yang bakal dibentang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Keharmonian Kaum bertujuan murni memperkukuhkan lagi hubungan kaum di negara ini.
"Nama tidak penting (Akta Keharmonian Kaum atau Akta Hasutan), isi yang lebih utama.
"Tiga perkara sensitif iaitu agama, kaum dan budaya perlu ada dalam pelaksanaan akta baharu," katanya.

Selasa, 1 Julai 2014

SELATAN THAILAND SEMAKIN BERGOLAK !!!


Lelaki bersenjata serang masjid Pattani

PATTANI - THAILAND. Beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid di Pattani pada awal pagi hari kedua Ramadan, mengorbankan seorang jemaah.
   
Mereka melepaskan tembakan rambang ke arah Masjid Nuruddin, Kampung Thamuang, Daerah Panarek, Pattani, ketika umat Islam sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
   
Menurut saksi, Umar Salaemae, 66, iaitu bapa imam masjid tersebut, meninggal dunia di tempat mengambil wuduk manakala seorang lelaki dikenali sebagai Raning Tokhuamuang, 47, cedera parah.
   
Mereka berkata beberapa suspek yang bersembunyi dalam hutan di sebelah jalan berhadapan masjid melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah orang ramai yang hendak menunaikan solat menyebabkan keadaan kelam-kabut dengan orang ramai lari menyelamatkan diri.
   

Isnin, 30 Jun 2014

Maidam Lupus 1,800kg Abu Al-Quran Di Perairan Terengganu

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU, (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melupuskan kira-kira 1,800 kilogram abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks ayat-ayat suci itu di Laut China Selatan hari ini.

Acara pelupusan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur pada pukul 11 pagi dan berakhir sejam kemudian di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira 12 batu nautika dari Jeti Shahbandar di sini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata pelupusan itu adalah kali ketiga dilakukan dan merupakan pendekatan terbaik sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan untuk menjaga kesucian al-Quran yang dilupuskan.

Ahad, 29 Jun 2014

JHEAT giat operasi ponteng puasa


KUALA TERENGGANU – Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal berdepan tindakan tegas daripada pihak pejabat agama.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, pihaknya akan menggiatkan usaha membendung maksiat sepanjang bulan puasa ini bagi memastikan umat Islam sentiasa menjaga imej dan kesucian agama.

Menurutnya, pihaknya juga akan memberi perhatian di kawasan termasuk di jirat Cina yang sering dijadikan ‘port’ ponteng puasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...