Sabtu, 2 Ogos 2014

Dr M: Sudah tiba masanya kerajaan tapis internet


KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya untuk kerajaan menapis Internet, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbarunya dalam blog beliau hari ini, http://chedet.cc, bekas Perdana Menteri berkata: "Tidak mengetahui kuasa Internet, saya telah berjanji bahawa kami (bercakap sebagai perdana menteri Malaysia ketika itu) tidak akan menapisnya.

"Tetapi pada masa ini, saya telah menukar fikiran saya...kerana pemain-pemain, termasuk mereka yang mengawal server, telah melakukan tapisan mereka sendiri tentang apa yang boleh disiarkan dalam media alternatif ini.

Jumaat, 1 Ogos 2014

#TTB: ARAHAN YANG MUDAH PUN SUSAH NAK BUAT, APA TAH LAGI YANG LAIN !!!


SIKAP KETELUSAN, KEIKHLASAN SERTA KETERBUKAAN ADALAH PENTING UNTUK MENERIMA APA JUA ARAHAN YANG DITERIMA.


HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu mengenal pasti empat lokasi pelancongan di daerah Kuala Terengganu yang perlu diberi penekanan utama dari aspek kebersihan bagi keselesaan pelancong ke negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lokasi itu adalah Dataran Shahbandar, kawasan Batu Buruk, Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai serta Pantai Teluk Ketapang di Seberang Takir.

Khamis, 31 Julai 2014

PENIPUAN PELABURAN JERAT MANGSA CINTA:


Untuk mencari wang bukannya mudah tetapi untuk menghabiskannya sangat mudah. terburu-buru sebelum menyerahkan mudah. Mungkin itu antara ungkapan sesuai bagi mangsa yang terpedaya dengan taktik awang hitam sehingga menyebabkan wang lebur depan mata.

Menarik mangsa untuk melibatkan diri dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan yang berlipat kali ganda, sememangnya akan membuatkan mereka yang mudah cair dan tidak senang duduk. 

Ikuti maklumat lanjut berkaitan ciri-ciri dan modus operandi berkaitan penipuan pelaburan ini.

Rabu, 30 Julai 2014

LEMANG VALLEY DI KIJAL TUMPUAN PEMBELI SEBAGAI BUAH TANGAN


KEMAMAN, 30 Julai (Bernama) -- Perjalanan pulang ke kampung halaman dan tradisi ziarah menziarahi sepanjang Syawal ini tidak lengkap tanpa lemang Kijal sebagai buah tangan untuk keluarga tersayang.

Bagi penduduk sekitar Pantai Timur, lemang Kijal di sini adalah antara menu wajib yang mesti dibeli kerana keenakan rasanya yang tersendiri yang boleh didapati di lokasi yang terkenal dengan nama 'Lemang Valley' yang tidak putus-putus menerima kedatangan pelanggan.

Selasa, 29 Julai 2014

#MH 17: "Jangan suruh saya tabah. Cakap saja senang"


"Jangan suruh saya tabah. Cakap saja senang, tapi sebenarnya sangat susah," kata Nur Diyana Yazeera Yezli, 15, menggambarkan perasaannya menyambut Syawal tanpa ibunya, Dora Shahila Kassim yang terlibat dalam nahas pesawat MH17.

Nur Diyana dalam akaun Twitter miliknya menyatakan rasa sedih, marah dan hiba kerana sambutan raya tidak lagi sama selepas kehilangan ibunya dalam insiden 17 Julai lalu.

"Ibu, raya tahun ini dan seterusnya tidak akan sama. Saya tidak akan menyambutnya tanpamu.


Isnin, 28 Julai 2014

SURUH KAJI BAYARAN VEP, TOL PULAK DINAIKKAN ???

Ahli politik Johor bantah pelaksanaan kadar tol baru di Tambak Johor

Pengumuman Putrajaya menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor sehingga lebih 400% berkuatkuasa 1 Ogos ini mendapat tentangan hebat daripada ahli politik Johor termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Pulai dari BN Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan kerajaan menaikkan kadar tol itu bakal memberi kesan kepada penduduk Johor yang bekerja di Singapura.

Ahad, 27 Julai 2014

MBKT SABOTAJ DASAR MENTERI BESAR TERENGGANU ???


KUALA TERENGGANU - Meloyakan! Begitulah gambaran terhadap tahap kebersihan di satu sudut bahagian belakang Pasar Besar Kedai Payang, di sini, apabila ia seolah-olah menjadi port melepaskan hajat kecil.

Pemaju Masyarakat di tempat aktiviti jahitan di pasar tersebut, Umi Kelsom Mustafar berkata, keadaan itu mendatangkan rasa mual apabila dia terpaksa menghidu bau hancing setiap hari hampir dua tahun lalu.

ADAKAH INI CARA DBKL UNTUK MENGATASI MASALAH GELANDANGAN ???


KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memasang palang besi di bangku orang awam sekitar ibu kota menimbulkan reaksi kurang senang sebilangan pihak.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, palang besi berkenaan dipasang bagi mengelakkan bangku orang awam tersebut menjadi tempat tidur golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu dianggap tidak menyantuni golongan gelandangan yang menjadikan bangku tersebut sebagai tempat berehat.

“Mereka sewajarnya dibantu dan bukannya dilayan sebegini. Saya amat kecewa dengan tindakan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Lip Eng berkata, lebih memilukan, ada di antara gelandangan sanggup tidur di celah palang besi yang dipasang itu pada waktu malam untuk berehat.

Jelas beliau, DBKL perlu bertolak ansur dengan golongan berkenaan.

“Mereka hanya tumpang untuk tidur buat beberapa jam dan DBKL perlu bertolak ansur dalam perkara ini,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...