KUALA TERENGGANU – Hujan sederhana
kadangkala lebat yang berlaku di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang dijangka berterusan hingga 9 November ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan jam 4.41 petang semalam berkata, ia merupakan amaran hujan
lebat peringkat kuning.
Selain itu, kenyataan tersebut turut
mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama ke atas
kawasan perairan Terengganu dan Kelantan.
“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu dijangka berterusan hingga Ahad ini (9 November).
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut,” kata kenyataan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan