Selasa, 24 Mei 2011

Pelan strategik jadi indikator kepada penjawat awam

 
Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Terengganu (PSAMPPT) akan menjadi indikator kepada penjawat awam bagi memahami kehendak kerajaan, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang telah dipersetujui ke arah memajukan negeri yang dicintai ini.

“Ini adalah satu lagi usaha kita bagi memastikan setiap agenda yang ingin lakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

 

Menteri Besar berkata demikian di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu dan Pelancaran Buku PSAMPPT di Wisma Darul Iman pagi ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Katanya, dengan adanya buku ini diharap penjawat awam serta semua agensi dapat bergerak dengan lebih pantas lagi didalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Tambahnya, ini adalah satu lagi usaha kerajaan bagi memastikan setiap agenda yang ingin dilakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik.

“Ianya akan terus menjadi satu dorongan kepada penjawat awam negeri agar menjadikan kecemerlangan sebagai satu budaya didalam melaksanakan tugas seharian,” katanya.

Isnin, 23 Mei 2011

Kepiluan Menyelubungi Masjid Sultan Hishamuddin Shah


MASJID Sultan Hishamuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditumbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana dari 24 yang tertimbus sembilan ditemui selamat.

Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sultan Hishamuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.

Ahad, 22 Mei 2011

TANAH RUNTUH - RUMAH ANAK YATIM TERTIMBUS!!


Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 2 Kumpulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...