Isnin, 16 Mei 2011

Sodomi: Anwar diperintah bela diri

Go to fullsize image
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintah membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.
Mahkamah mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Februari tahun lepas.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alam di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...