Sabtu, 25 Jun 2011

Dua Terbunuh, 11 Cedera Dalam Serangan Bom Tak Bai


PHUKET, 24 Jun (Bernama) - Dua petugas perkhidmatan awam terbunuh dan 11 yang lain termasuk enam askar cedera dalam dua serangan bom di Tak Bai, Narathiwat, Jumaat.

Jurucakap polis Tak Bai berkata dua kakitangan pejabat pengairan terbunuh bila sebutir bom meletup di pejabat tersebut pada 12.30 tengah hari. Mereka dikenali sebagai Tieng Chamnankong dan Vitit Siri.
Kira-kira 20 minit kemudian berlaku letupan bom kedua, 50 meter jaraknya dari pejabat berkenaan, tetapi hanya merosakkan sebuah kenderaan tentera, kata jurucakap itu.

Sekitar 15 minit selepas itu, sebutir bom lagi meletup kira-kira 500 meter dari pejabat tersebut mengakibatkan enam askar dan lima orang awam cedera.

Lebih 4,000 orang telah terkorban sejak kumpulan disyaki militan bersenjata melancarkan perjuangan untuk kemerdekaan tiga wilayah selatan - Pattani, Narathiwat dan Yala kira-kira tujuh tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...