Sabtu, 16 Julai 2011

Peminat Tunggu Lapan Jam Untuk Dapatkan Tandatangan Joe Cole

View Image
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penantian seorang pelajar sekolah selama lapan jam untuk mendapatkan tandatangan pemain Liverpool, Joe Cole akhirnya berbaloi selepas dia menjadi peminat pertama mendapat layanan bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris itu.
Joel Jevan Raj, 15, menunggu seawal pukul 7 pagi di sebuah pasar raya elektronik dan perabot, Courts, di Setapak di sini walaupun Cole dijadual muncul pada pukul 3 petang.

"Saya gembira dan puashati walaupun penat menunggu sejak awal pagi. Jersi Liverpool yang ditandatangani Joe Cole akan saya bingkaikan," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Ibunya Helen Rani Paul Rajan, 43, berkata ketika mereka tiba, ramai pelanggan menunggu pasar raya itu dibuka untuk merebut tawaran sempena promosi yang ditawarkan dan bukannya untuk bertemu Cole.

Pengurus Operasi Court Setapak Nurul Asri Mohamed Nazri tidak menyangka sesi bertemu peminat yang dianjurkan mendapat sambutan ramai.

"Hampir 1,000 orang peminat Liverpool datang hari ini...yang datang tidak hanya untuk melihat Joe Cole tetapi ada juga yang datang untuk membeli barang... kebetulan pula hari ini adalah hari pelancaran semula Courts, Setapak," katanya.

Malaysia menjadi persinggahan kedua dalam siri Jelajah Asia Liverpool 2011 selepas China. Perlawanan antara Liverpool FC dan Harimau Malaya akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula pada pukul 5.45 petang esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...