Selasa, 9 Ogos 2011

Liga Hoki Terengganu Akan Dihidupkan Semula


KUALA TERENGGANU: Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu (PHLNT) akan menghidupkan semula Kejohanan Liga Hoki Terengganu bagi merebut Piala Menteri Besar yang terhenti sejak 2008 lalu.
Setiausahanya Sabri Salleh berkata kejohanan yang akan diadakan selepas Adilfitri ini diharap akan mengembalikan kegemilangan sukan hoki di Terengganu khususnya di daerah-daerah.


"Kejohanan itu terhenti sebab kita beri tumpuan kepada Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Terengganu ketika itu di samping masalah kewangan persatuan," katanya.
Sabri berkata tahun ini pihaknya akan mengaktifkan semula kejohanan itu untuk memastikan ia tidak terkubur selain menjadikannya sebagai platfom untukmengasuh bakat-bakat anak tempatan dalam sukan itu.
Beliau berkata berdasarkan pengalaman lepas, kejohanan yang melibatkanpasukan antara daerah-daerah itu telah dapat melahirkan ramai pemain-pemain berbakat yang dapat mewakili negeri dan negara.
Sabri berkata selain itu, PHLNT akan menganjurkan Kejohanan Hoki VeteranTertutup untuk memilih pemain bagi mewakili negeri ke Kejohanan Hoki VeteranKebangsaan di Alor Setar, Kedah Disember ini.
Beliau berkata mana-mana pasukan hoki veteran di Terengganu yang berumur 40tahun ke atas boleh menyertai kejohanan yang akan diadakan pada awal November.
Kali terakhir Terengganu menganjurkan kejohanan dan menyertai kejohanan itu ialah di Alor Setar dan berjaya menduduki di tempat ketiga, katanya.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...