Jumaat, 28 Oktober 2011

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam


Dato' Sabery Chik telah merayu kepada pengurusan pun tidak diendahkan......


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.


Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan

Ini lah gara-gara FAM menaikan harga tiket perlawanan akhir Terengganu dan Negeri Sembilan. Pengurusan FAM tidak ikhlas dan masing-masing mementingkan diri sendiri daripada peminat2 bolasepak negara. Kalau yang masuk akhir adalah Kelantan, pastinya harga tiket tidak dinaikan.  Tindakan tersebut seperti MENGHINA RAKYAT TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN. Fikir2kan lah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...