KUALA TERENGGANU, - Setiausaha Keselamatan Negara (SKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, En. Tajul Ariffin bin Muhamad telah ditemubual oleh pihak Terengganu FM pagi tadi menerusi slot 'Selamat Pagi Terengganu'. Siaran ke udara tersebut berlangsung selama setengah jam bermula 8.30 sehingga 9.00 pagi.
Temubual ini berkisar mengenai persediaan Negeri Terenganu khususnya agensi -agensi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Terengganu (JPBBNT) dalam menghadapi banjir dan langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani bencana alam tersebut. Rakaman ini turut akan disiarkan melalui Berita RTM jam 6 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan