Rabu, 29 Februari 2012

Tahniah: Mawi Kini Bergelar Bapa, Ekin Lahirkan Cahayamata Pertama!

Sebelum itu, minta maaf kerana terlambat sedikit berkongsi cerita gembira ini. Lama tidak mendengar khabar dari Mawi & Ekin kan? Selepas majlis perkahwinan mereka yang berlangsung lebih 3 tahun yang lepas pada tahun 2008, kini Mawi & Ekin telah pun dikurniakan cahayamata mereka yang pertama pagi 28/02/2012.

Menurut rakan-rakan media, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan pada jam sekitar pukul 4 pagi di sebuah hospital di Bangi. Difahamkan, bayi mereka dilahirkan secara normal dan berat ketika lahir adalah 2.8 kilogram.
Sebelum ini sudah 2 kali Ekin mengalami keguguran dan kini mereka berdua sudah boleh bergembira kerana dikurniakan Tuhan cahayamata. Masih tidak dapat dipastikan nama bayi Ekin dan Mawi ini, tapi majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...