Gambar hiasan |
Kecoh balai polis ‘dikepung’
Ipoh: Akibat tidak berpuas hati dengan satu kes
kemalangan maut, dua kumpulan bertindak ‘mengepung’ Balai Polis Kampung Baru
Buntong di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak,
Datuk A Paramasivam, berkata ahli keluarga kedua-dua pihak yang terbabit dalam
kemalangan itu, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, lalu pergi ke balai
polis untuk mendapatkan penjelasan.
“Keadaan
menjadi tegang apabila kedua-dua pihak masing-masing mendakwa mereka berada di
pihak yang benar hingga mengakibatkan berlaku sedikit kekecohan.
“Bagaimanapun, pegawai
penyiasat kes itu memberikan jaminan akan menyiasat setiap aspek dan kes itu
akan dikendalikan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Selepas berpuas hati dengan
jaminan itu, kedua-dua kumpulan berkenaan meninggalkan pekarangan balai polis
tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan