Sabtu, 4 Julai 2015

Gangguan bekalan air kritikal menjelang raya?


KUALA TERENGGANU - Sebanyak 58,000 buah rumah sekitar Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami gangguan bekalan air sejak awal Mei lepas, dijangka akan berdepan situasi kritikal menjelang Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu), Ir Atemin Sulong berkata, masalah berlaku disebabkan musim kemarau dan penggunaan air melebihi jumlah bekalan berikutan pertambahan kawasan perumahan baharu, hotel dan kompleks perniagaan.

    
Katanya, dua langkah telah dilaksanakan pihaknya bagi menyelesaikan masalah berkenaan, iaitu dengan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan mengenakan  catuan bekalan air dari 11 malam hingga 4 pagi.
    
"Ini menyebabkan sebahagian kawasan mengalami tekanan air yang rendah pada waktu puncak, tiada bekalan air antara 11 malam hingga 4 pagi dan kualiti air yang terjejas iaitu menjadi keruh dan kekuningan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    
Di Kuala Terengganu, sebanyak 50,000 rumah di 47 buah kampung terlibat dengan gangguan air berkenaan iaitu sekitar Paloh, Durian Burung, Pulau Rusa, Kuala Bekah, Wakaf Che Kapor, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga, Kubang Parit, Simpang Empat Pulau Musang, Losong, Kubang Buyung, Pulau Kambing, Jalan Hiliran, Hiliran Jejawi, Cabang Tiga, Seberang Baruh dan Seri Nilam.


Sumber: KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...