Sabtu, 31 Oktober 2015

KONTREKTOR CAP AYAM PUNCA SILING HOTEL TABUNG HAJI RUNTUH ?


KUALA NERUS – Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen, Kuala Terengganu, mengesahkan berlakunya jatuhan siling di kawasan ruang masuk hotel berkenaan akibat hujan lebat dan angin kencang awal pagi semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam itu melibatkan siling berkeluasan 1,500 kaki persegi telah jatuh, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel dan Residence Sdn Bhd, Adly Mohamad dalam satu kenyataan media berkata, selain tidak melibatkan kecederaan kepada kakitangan dan tetamu hotel berkenaan, insiden itu juga tidak membabitkan kerosakan pada harta benda lain.


“Sisa jatuhan (siling berkenaan) telah dibersihkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi tadi (semalam) dan kita juga turut mengambil langkah keselamatan dan pencegahan dengan menempatkan anggota penyelenggara.

“Kejadian itu juga tidak menghalang operasi hotel, tetamu boleh menggunakan laluan sisi keluar masuk hotel,” katanya.

Jelasnya, kerja-kerja pemasangan semula siling turut dilakukan dengan serta merta dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.

“Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ini, sebagai langkah keselamatan dan pencegahan, anggota penyelenggara akan ditempatkan bagi memberi lebih jaminan keselamatan kepada tetamu dan kakitangan hotel ini,” katanya.

Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian pada jam 10 pagi semalam mendapati, operasi di hotel berkenaan berjalan seperti dan sisa runtuhan juga telah dibersihkan sepenuhnya.


Namun, suasana di pekarangan hotel dilihat agak lengang berbanding hari biasa.

Sumber: KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...