Terengganu berjaya menterjemahkan
prinsip `Memperkasakan Pendidikan’ menerusi konsep Terengganu
Transformasi Baharu (TTB) berikutan berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 2,558 dari 20,121 calon
meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.6
peratus kepada 12.70 peratus, berbanding 12.10 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata pencapaian UPSR pada tahun ini
menunjukkan keputusan lebih baik berbanding 2014 dari segi kuantiti dan kualiti
di mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun
lepas.
Katanya, lulus semua mata pelajaran
bagi tahun ini juga meningkat 0.2 peratus kepada 74.8 peratus, berbanding 74.6
peratus tahun lalu.
“Saya bagi pihak jabatan juga
mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu yang sangat prihatin
dengan bidang pendidikan negeri ini sekaligus meletakkan Terengganu sebagai
antara negeri yang cemerlang pendidikannya di Malaysia, ” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang
media ketika mengumumkan keputusan UPSR 2015, di JPNT Kuala Terengganu,
hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.
Shafruddin berkata, sasaran kerajaan
negeri 20 peratus calon UPSR mendapat 5A masih belum tercapai namun
menegaskan pencapaian 12.70 peratus mendapat 5A pada tahun ini adalah keputusan
terbaik yang pernah dicatatkan Terengganu, sejak kebelakangan ini.
“Kita akan terus berusaha untuk
kekalkan sasaran 20 peratus itu dan menganggap UPSR pada 2016 lebih mencabar
dengan penambahan satu lagi subjek menjadikan jumlah bilangan sebanyak enam
subjek diambil calon UPSR tahun depan,”katanya.
Pautan: KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan