Jumaat, 6 Mac 2015

DAP JANGAN CUBA MEMPERTIKAIKAN URUSAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM ?


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menempelak Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial, sambil menegaskan, Terengganu mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani masalah itu di negeri ini.

Malah katanya, pemimpin DAP itu tidak perlu mempertikaikan langkah yang dibuat kerana dia tiada hak untuk masuk campur dalam hal ehwal negeri ini.

“Itu terpulang kepada kita, tiada kena mengena dengan dia (Lim Lip Eng), saya hendak jaga orang Islam sebab sekarang semua bercakap tentang masalah sosial generasi hari ini.


“Semua ini (garis panduan) untuk orang Islam dan bangsa saya sahaja, apa salah sekarang saya mencuba kaedah baru ini, kalau tidak berjaya kita cuba kaedah lain pula,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Dwi tahunan Ke-17 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Lim Lip Eng pada 2 Mac lalu dalam portal Roketkini.com.


Dalam kenyataan itu, Lim Lip Eng turut mempersoalkan langkah menangkap mereka yang tidak solat Jumaat dan membawa mereka menaiki van jenazah sebagai hukuman.

Sumber: KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...