Isnin, 4 Januari 2016

Dicabul Ketika Temuduga Jawatan Jurufoto

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis dipercayai dicabul pemilik sebuah kedai gambar sewaktu menghadiri temu duga di premis itu di Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa, 20-an, dikatakan pergi menghadiri temu duga bagi mengisi jawatan kosong sebagai jurugambar yang ditawarkan kedai gambar terbabit.

Menurut sumber, pada peringkat awal, sesi temu duga dikendalikan oleh suspek, 28, berjalan lancar, malah suspek dikatakan bersikap profesional sepanjang sesi itu berlangsung.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minit temu duga berjalan, suspek telah mengajak mangsa masuk ke dalam sebuah bilik yang dijadikan sebagai studio rakaman gambar, kononnya untuk menguji kepakaran mangsa dalam fotografi.


“Ketika itu, hanya mereka berdua dalam bilik berkenaan. Suspek mengarahkan mangsa merakam gambar menggunakan kamera disediakan di dalam studio tersebut.
“Ketika itulah suspek dipercayai telah mengambil kesempatan mencabul mangsa,” katanya, semalam.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa keluar dari studio rakaman tersebut dan buat laporan polis.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, semalam, bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Sementara itu, perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah, Muhammad Firdaus Abdul Rahim yang membenarkan suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau boleh dikenakan sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Sumber Rujukan: KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...