KUALA
TERENGGANU – Seorang lelaki warga Kemboja menggemparkan penduduk Kampung Sungai
Pinang dekat sini selepas enggan turun dari atas pokok cengal setinggi 45 meter
selepas dua hari.
Difahamkan,
warga asing yang hanya dikenali sebagai Zul itu mula memanjat pokok tersebut
sejak pukul 11 malam Khamis lalu kerana bimbang ditangkap penduduk kampung
selepas dipercayai terlibat dengan kejadian kecurian ayam.
Zul yang
berusia sekitar 30-an masih berada di atas pokok tersebut sehingga petang
semalam.
Pelbagai usaha
dilakukan polis serta anggota bomba dan penyelamat sejak kelmarin untuk
memujuknya turun ke tanah, namun dia tetap berdegil.
Lelaki itu
sudah berkeluarga dan memiliki dua cahaya mata yang kini berada di Kemboja.
Sumber: KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan