Rabu, 2 Julai 2014

Adakah Sesuai Akta Keharmonian Kaum ???

SHAH ALAM - Perkara sensitif masyarakat berbilang kaum negara ini melibatkan elemen agama, kaum dan budaya akan tetap menjadi garis panduan kepada Akta Keharmonian Kaum yang bakal dibentang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Keharmonian Kaum bertujuan murni memperkukuhkan lagi hubungan kaum di negara ini.
"Nama tidak penting (Akta Keharmonian Kaum atau Akta Hasutan), isi yang lebih utama.
"Tiga perkara sensitif iaitu agama, kaum dan budaya perlu ada dalam pelaksanaan akta baharu," katanya.

Selasa, 1 Julai 2014

SELATAN THAILAND SEMAKIN BERGOLAK !!!


Lelaki bersenjata serang masjid Pattani

PATTANI - THAILAND. Beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid di Pattani pada awal pagi hari kedua Ramadan, mengorbankan seorang jemaah.
   
Mereka melepaskan tembakan rambang ke arah Masjid Nuruddin, Kampung Thamuang, Daerah Panarek, Pattani, ketika umat Islam sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
   
Menurut saksi, Umar Salaemae, 66, iaitu bapa imam masjid tersebut, meninggal dunia di tempat mengambil wuduk manakala seorang lelaki dikenali sebagai Raning Tokhuamuang, 47, cedera parah.
   
Mereka berkata beberapa suspek yang bersembunyi dalam hutan di sebelah jalan berhadapan masjid melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah orang ramai yang hendak menunaikan solat menyebabkan keadaan kelam-kabut dengan orang ramai lari menyelamatkan diri.
   

Isnin, 30 Jun 2014

Maidam Lupus 1,800kg Abu Al-Quran Di Perairan Terengganu

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU, (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melupuskan kira-kira 1,800 kilogram abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks ayat-ayat suci itu di Laut China Selatan hari ini.

Acara pelupusan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur pada pukul 11 pagi dan berakhir sejam kemudian di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira 12 batu nautika dari Jeti Shahbandar di sini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata pelupusan itu adalah kali ketiga dilakukan dan merupakan pendekatan terbaik sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan untuk menjaga kesucian al-Quran yang dilupuskan.

Ahad, 29 Jun 2014

JHEAT giat operasi ponteng puasa


KUALA TERENGGANU – Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal berdepan tindakan tegas daripada pihak pejabat agama.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, pihaknya akan menggiatkan usaha membendung maksiat sepanjang bulan puasa ini bagi memastikan umat Islam sentiasa menjaga imej dan kesucian agama.

Menurutnya, pihaknya juga akan memberi perhatian di kawasan termasuk di jirat Cina yang sering dijadikan ‘port’ ponteng puasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahad, 9 Mac 2014

Tiada Petunjuk Tentang Pesawat MH370 Selepas Lebih 24 Jam Hilang


SEPANG, 9 Mac (Bernama) -- Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.

Ahad, 8 September 2013

Umat Islam Mula Membanjiri Madinah.



MADINAH, 8 Sept (Bernama) -- Ratusan ribu umat Islam kini mula membanjiri kota Madinah sebagai tempat persinggahan awal sebelum ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah musim ini.

Jemaah yang tiba awal itu adalah mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah terlebih dahulu dalam musim haji sebelum mengerjakan ibadah haji pada bulan hadapan.

Ahad, 23 Jun 2013

PM Umum Darurat Jerebu Di Muar Dan Ledang, Johor



KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor sehingga ke suatu masa ia ditarik balik.

Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency', katanya dalam satu kenyataan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...