Isnin, 7 Julai 2014

BAJU MELAYU MODEN


Baju kurung moden biasa kita lihat. Kombinasi baju kurung moden dengan rekaan barat juga dah lama wujud. Tetapi rekaan baju melayu kontemporari jarang kita lihat. Baju melayu teluk belanga dan cekak musang cuttingnya tidak banyak berubah. 

Andres Avenue ingin membawa perubahan dengan rekaan baju melayu moden mereka yang you have to agree is different. Hipster and Wak Doyokish. Dunno if this will be accepted atau menjadi bahan ketawa konservatif.


Ahad, 6 Julai 2014

SYABAS DIATAS KEBERANIAN ANDA BERMAIN MERCUN ???

KOTA BAHARU: Seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan, putus dua jari tangan kanan apabila mercun jenis botol yang dipasangnya, meletup di tangan.

Dalam kejadian Jumaat lepas di rumahnya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Mohd Idham Shafiq Mohd Tahar, 14, yang putus ibu jari dan jari tengah itu dikatakan mangsa pertama akibat bermain mercun di Kelantan. 
AKIBAT DAN PADAHNYA !!!!!!!!

Datuk kepada mangsa, Mohd Rasid Ibrahim, 59, berkata kemalangan berlaku dalam kejadian kira-kira 2 petang selepas solat Jumaat ketika mangsa bermain bersama rakan-rakannya. 

"Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya. 
 

WANITA MELAHIRKAN CICAK DITUDUH PENGAMAL ILMU HITAM DI NUSA TENGGARA

Di Indonesia sebuah kampung di Oenunto, Nusa Tenggara Timurgempar apabila seorang wanita dikatakan melahirkan seekor cicak. Debi Nubatonis dilaporkan melahirkan seekora cicak sebesar anak tangan bulan lalu selepas mengandung selama 9 bulan. 

Beliau melahirkan anak cicak ini di ruamh beliau dan kelahiran disambut oleh seorang bidan kampung. Mak bidan terkejut selepas seekor cicak keluar dari rahim Debi Nubatonis dan bukannya seorang bayi. 

Apabila berita tersebar orang kampung mengamuk dan mengancam memukul Debi Nubatonis dan ahli keluarga beliau kerana disyaki pengamal ajaran ilmu hitam. 

Sabtu, 5 Julai 2014

Pulih keyakinan kakitangan awam


KUALA TERENGGANU – Peranan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) akan dipertingkatkan dalam usaha memulihkan kembali keyakinan kakitangan awam terhadap kerajaan menjelang PRU14.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengulas mengenai isu kakitangan awam yang dikatakan cenderung kepada pembangkang pada PRU13 lalu berkata, APMT akan dipertanggungjawabkan secara lebih proaktif memberi penerangan mengenai tugas-tugas kerajaan.

Ahmad Razif berkata, langkah itu dilihat sebagai satu penambahbaikan dalam transformasi yang pernah dinyatakan beliau sebelum ini.

“Saya sudah buat pelantikan pegawai yang boleh main peranan terutama APMT, kita akan jadikannya satu entiti yang ditugaskan untuk memberi penerangan tentang dasar kerajaan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Pengemis asing di KL mampu tinggal di hotel tiga bintang

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.

Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.

"Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan. - BERNAMA

Khamis, 3 Julai 2014

Penjawat awam, pesara kerajaan dapat bantuan Aidilfitri pada 15 Julai ini


PUTRAJAYA 2 Julai - Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

"Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," kata Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 2 Julai 2014

Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtad. PAS bagaimana ??


Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
"Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...