Khamis, 12 Januari 2012

Reaksi MB kemelut PBSNT- FAM


Polemik yang melanda antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung surat pekeliling mendapat reaksi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang ternyata kecewa dengan kemelut itu.

Dalam nada tegas, Menteri Besar mahu menyaman FAM dan meminta ganti rugi serta mempertimbangkan dua pasukan dari negeri ini, Terengganu dan T-Team supaya menarik diri daripada Liga Malaysia berikutan keputusan badan induk sukan bola sepak itu yang tidak membenarkan Terengganu menurunkan dua pemain import dalam Liga Malaysia.

Rabu, 11 Januari 2012

Terengganu timbang saman FAM, tarik diri daripada Liga Malaysia


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mahu menyaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan meminta ganti rugi serta mempertimbangkan menarik diri daripada Liga Malaysia berikutan keputusan badan induk sukan bola sepak itu yang tidak membenarkan Terengganu menurunkan dua pemain import dalam Liga Malaysia.

Jumaat, 16 Disember 2011

Piala FA - laluan berliku buat skuad Penyu

Image Detail

Juara Piala FA musim lalu, Terengganu dapat merasakan laluan yang akan dihadapinya pada saingan tahun depan dalam mempertahankan kedudukannya itu agak berliku dan mencabar.

Namun, jurulatih baru skuad penyu itu, Mat Zan Mat Aris berkata menerusi usaha yang berlipat ganda piala itu dapat dikekalkan terus berada dalam tangan Terengganu.

"Kalau dilihat pada undian semalam memang laluan kita agak sukar," katanya ketika diminta mengulas undian Piala FA 2012 yang diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Rabu, 23 November 2011

Dokumentari ‘orang kita’ rakam kehidupan masyarakat Terengganu


Lima orang krew Radio Televisyen Malaysia (RTM1) Kuala Lumpur berkampung selama empat hari di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit bagi menyiapkan program dokumentari ‘orang kita’ yang bersiaran melalui TV1 setiap Khamis jam 2 petang.

Program ini menyingkap sejarah kehidupan, keunikan dan kepayahan hidup yang dilalui datuk nenek mereka sebelum negara mencapai kemerdekaan.


Ketua projek, Encik Ahmad Faizal Mohd Said berkata, sepanjang berada di negeri ini, pihaknya memilih dua kampung iaitu Kampung Tirok, Serada dan Kampung Bukit Wan, Batu Rakit yang dianggap memiliki keistimewaan tersendiri mengenai budaya dan makanan eksotik masyarakat setempat.

Selasa, 22 November 2011

Hebahan Persediaan Menghadapi Banjir di TFM dan Berita RTM


KUALA TERENGGANU, - Setiausaha Keselamatan Negara (SKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, En. Tajul Ariffin bin Muhamad telah ditemubual oleh pihak Terengganu FM pagi tadi menerusi slot 'Selamat Pagi Terengganu'. Siaran ke udara tersebut berlangsung selama setengah jam bermula 8.30 sehingga 9.00 pagi. 

Isnin, 14 November 2011

Tuan rumah kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf bukan milik Terengganu


Harat Terengganu untuk menjadi tuan rumah kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf yang dijadual berlangsung Disember ini berkecai apabila Malaysia tidak dipilih sebagai tuan rumah kejohanan itu tahun ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Mohd Shapian Ali berkata, persatuan itu akur dengan keputusan yang dimaklumkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail itu kepadanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...