Selasa, 23 Julai 2019
Selasa, 14 Jun 2016
Jus Jeruk Palsu Semakin Banyak Di Jual?
HATI-HATI!! TOLONG SAMPAIKAN PADA KELUARGA DAN SAHABAT ANDA..!! "SEMAKIN
BERLELUASA DALAM BULAN RAMADHAN INI, BEGINI PENJELASANNYA....!!
Hati-hati semua!!, Jus Jeruk Palsu semakin byk dijual, tetapi akhirnya dihebohkan dengan terbongkarnya bahan-bahan kandungan seperti syampu palsu, pihak polis di Saraburi Thailand kembali membongkar pengedaran jus jeruk palsu...dan ini juga mungkin ada dijual di Malaysia.
Laporan daripada Bangkok Coconuts, perbuatan itu dilakukan oleh pasangan dari Vietnam yang dapat mengolah jus palsu dengan mencampurkan air, pewarna orange, serta saccarin (pemanis buatan yang manisnya 300 kali lipat dari gula).
Hati-hati semua!!, Jus Jeruk Palsu semakin byk dijual, tetapi akhirnya dihebohkan dengan terbongkarnya bahan-bahan kandungan seperti syampu palsu, pihak polis di Saraburi Thailand kembali membongkar pengedaran jus jeruk palsu...dan ini juga mungkin ada dijual di Malaysia.
Laporan daripada Bangkok Coconuts, perbuatan itu dilakukan oleh pasangan dari Vietnam yang dapat mengolah jus palsu dengan mencampurkan air, pewarna orange, serta saccarin (pemanis buatan yang manisnya 300 kali lipat dari gula).
Sabtu, 28 Mei 2016
Kes Bak Kut Teh Ramadan: Vivian Di Penjara Enam Bulan
KUALA LUMPUR: Bekas teman wanita penulis blog
seks kontroversial, Alvin Tan Jye
Yee telah dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana memuatnaik posting bak kut teh Ramadan menerusi laman
Facebook.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Daud mem
bacakan keputusan penghakiman selepas
mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes terhadap Vivian Lee May
Ling, 27.
Hukuman itu
bermula Jumaat.
Bagaimanapun,
Abdul Rashid membenarkan permohonan peguam bela untuk mengurangkan tempoh
hukuman penjara kepada lima bulan dan 22 hari selepas mengambil kira tempoh
reman lapan hari May Ling sebelum ini.
Hakim juga
memutuskan jaminan dinaikan daripada RM10,000 kepada RM20,000.
Ahad, 17 April 2016
Penganjur 'Blackout 505' didenda RM5,000
KUALA TERENGGANU - Presiden Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Othman
Ismail, 58, dikenakan denda RM5,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam,
kerana gagal menyerahkan notis 10 hari sebelum penganjuran perhimpunan
‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.
Othman yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Dun Batu Burok, di sini,
turut berdepan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda
berkenaan.
Keputusan dibuat selepas dia sebagai penganjur perhimpunan
tersebut didapati bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9
(5) akta sama.
Selasa, 29 Mac 2016
Produk daging babi guna logo halal
SEPANG – Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di
sebuah negeri di Pantai Timur dikesan menyalahgunakan logo Halal Malaysia pada
bungkusan produk daging babi untuk tujuan eksport.
Lebih mengecewakan apabila nama produk tersebut
ditulis dalam bahasa Mandarin dan Thailand bermaksud ‘daging babi salai pedas
Melayu’.
Isnin, 22 Februari 2016
KUCING PELARIAN IRAQ BERTEMU TUAN SETELAH RIBUAN BATU TERPISAH
Setelah
empat bulan terpisah kira-kira 2,500 batu, kucing pelarian Iraq akhirnya
bertemu keluarga tuannya di Berlin, Jerman. — Gambar Facebook/Reunite Dias
LONDON
— Seekor kucing bertemu semula dengan tuannya, keluarga pelarian Iraq, selepas
terpisah beribu-ribu batu semasa mereka menaiki bot dari Turki ke Greece.
Kumpulan
sukarelawan cuba mencari kucing itu, yang mereka panggil “Dias,” selepas ia
panik dan melarikan diri semasa tuannya tiba di pantai Lesbos, laluan utama
pelarian ke Eropah.
Mereka
menangguhkan perjalanan selama beberapa hari di Greece untuk mencarinya sebelum
meneruskan perjalanan ke Berlin, Jerman, lapor Daily Mirror kelmarin.
Jumaat, 19 Februari 2016
22 Alasan Bercerai Yang Paling Merepek Di Selangor
Kita biasa dengar kes-kes
perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri
juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor.
1. Punggung isteri
menggerutu.
2. Suami tidak
pandai melakukan hubungan seks.
3. Isteri meminta
set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
4. Isteri
mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di
surau.
5. Isteri suka
mengikuti rombongan beramai-ramai.
6. Isteri suka
membasuh baju pada waktu malam.
7. Suami
mencurigai setiap tindakan isteri.
8. Isteri
menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
9. Berbeza fahaman
politik.
10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
11. Gaji suami lebih rendah.
12. Isteri lambat menyediakan makanan.
13. Pasangan bangun tidur lewat.
14. Suami bekerja tidak tentu masa.
15. Anak demam dan tidak sihat.
16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
17. Pasangan terlalu cerewet.
18. Pasangan tidur berdengkur.
19. Pasangan gemar membeli-belah.
20. Suami tangkai jering (kedekut).
21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
22. Berebut rancangan televisyen.
Anda mungkin merasakan
perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan
alasan yang tidak munasabah untuk bercerai. - THEHYPEMEDIA.COM
Langgan:
Catatan (Atom)