Isnin, 22 Februari 2016

KUCING PELARIAN IRAQ BERTEMU TUAN SETELAH RIBUAN BATU TERPISAH

Setelah empat bulan terpisah kira-kira 2,500 batu, kucing pelarian Iraq akhirnya bertemu keluarga tuannya di Berlin, Jerman. — Gambar Facebook/Reunite Dias
LONDON — Seekor kucing bertemu semula dengan tuannya, keluarga pelarian Iraq, selepas terpisah beribu-ribu batu semasa mereka menaiki bot dari Turki ke Greece.
Kumpulan sukarelawan cuba mencari kucing itu, yang mereka panggil “Dias,” selepas ia panik dan melarikan diri semasa tuannya tiba di pantai Lesbos, laluan utama pelarian ke Eropah.
Mereka menangguhkan perjalanan selama beberapa hari di Greece untuk mencarinya sebelum meneruskan perjalanan ke Berlin, Jerman, lapor Daily Mirror kelmarin.

Penduduk tempatan yang menjumpai kucing itu membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan dan jagaan. Ia diberi nama jolokan Dias, nama moden dewa Greek, Zeus.
Sukarelawan rakyat Amerika Syarikat, Ashley Anderson dan kawan-kawannya Amy Shrodes dan Michelle Nhin, kemudian melancarkan kempen menjejak keluarga pemilik kucing berkenaan.
Mereka menggantung beberapa poster bertulisan Arab dan Inggeris di sekitar Greece dan Berlin.
“Kami tidak tahu nama keluarga dan tiada gambar mereka, tetapi kami ada maklumat bagaimana kucing ini datang pada awal November berdasarkan saksi,” tulis Anderson di laman sosial.
Keluarga itu akhirnya dapat memeluk semula “Kunkush” selepas empat bulan terpisah.

1 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...