JAGUH skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dan Mohd Azlan Iskandar mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur 2011, semalam.
Pemain nombor satu dunia, Nicol menewaskan Kasey Brown dari Australia untuk berdepan pemain England, Alison Waters di separuh akhir.
Hasrat Nicol memburu gelaran ketujuh pada kejohanan itu semakin hampir apabila menundukkan Kasey, 11-5, 11-4, 6-11, 11-5 pada perlawanan selama 41 minit.
“Ini perlawanan yang hebat, saya selesa bersaing di gelanggang gelas dan semuanya berjalan lancar. Kasey turut bermain dengan baik dan saya menyedari saingan ini pasti sengit,” katanya.
Nicol bakal mengulang semula saingan edisi sama tahun lalu apabila dia sekali lagi tampil berdepan Alison.
“Seperti sebelumnya, kami bersaing dengan baik. Ini ulangan kejohanan tahun lalu dan pastinya ia bakal menjadi perlawanan yang sukar,” kata Nicol.
Dalam perlawanan terdahulu, Alison yang juga pemain pilihan ketiga kejohanan, terpaksa bekerja keras menewaskan Rachael Grinham dari Australia 12-10, 12-10, 8-11, 5-11, 13-11 dalam pertarungan yang berlangsung sejam lima minit.
Dalam kategori lelaki, Mohd Azlan tampil cemerlang menewaskan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 14-12, 11-6, 11-2 dalam masa 43 minit.
“Saya bermula agak perlahan namun selepas itu momentum mula meningkat. Berdepan (Mohamed El) Shorbagy, sentiasa sukar. Diharap dengan sokongan padu penyokong di tempat sendiri, saya berupaya bermain lebih baik,” kata Azlan.
Terdahulu, pemain dunia nombor sembilan, Shorbagy, dari Mesir menewaskan Mohd Nafiizwan Adnan, 11-9, 12-10, 11-7 dalam pertembungan 45 minit. “Saya kecewa. Bagaimanapun, saya bermain lebih baik berbanding semalam. Dalam aspek kecergasan, saya agak baik dan merasakan prestasi saya semakin meningkat.
“Saya mulanya mendahului di set kedua 10-9 namun malangnya saya tidak menggunakan peluang yang ada. Shorbagy mendominasi permainan dengan baik,” katanya.
Susulan itu, Mohd Nafiizwan akan berlepas pulang ke London, Selasa ini, untuk meneruskan sesi latihan bersama Peter Genevar, sebelum beraksi di Terbuka Berkshire dan Kejohanan Northern Ontario, Kanada. Dia kemudian akan pulang ke Malaysia untuk berdepan Kejohanan Individu Asia, di Penang pada 26-30 April. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan