AIDCNews -22/03/11 – Bekas Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat I, YB Zulkifli Noordin menasihati orang ramai berhati-hati dalam menangani isu klip video seks yang menjadi berita gempar sejak semalam.
“Saya nasihatkan semua pihak supaya berhati-hati. Saya khuatir ianya mungkin satu perangkap sahaja. Setakat yang saya kenal, puak-puak ni mampu berbuat apa sahaja.
“Setakat buat video palsu kira celah gigi je yop! Kalau satu dunia pun mereka boleh bohong dan kelentong, setakat tambah setahil lagi bukan masalah yop. Ini adalah puak-puak yang terdesak.
“Setelah pemimpin mereka kantoi mengenai isu DNA, dan dalam keadaan mereka tidak ada sebarang jawapan, tiba-tiba muncul videoklip ini. Kemungkinan ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh cipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan!”, kata Zulkifli Nordin dalam blognya, zul4kulim.blogspot.com. Klik di sini
Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu itu juga turut mempertikaikan beberapa aspek lain berkaitan motif pendedahan klip video tersebut.
1. Kenapa penama yang dikatakan “Datuk T” itu memilih untuk mendedahkannya kepada para editor akhbar dan wartawan dahulu?
2. Siapa Datuk T tersebut, mengapa perlu identitnya dirahsiakan?
3. Mengapa tiada laporan polis dibuat ?
4. Kenapa mereka yang mendedahkan videoklip itu begitu berhati-hati, dengar kata siap pakai cermin mata hitam dan wartawan yang memasuki bilik tempat ditayangkan itu langsung tidak dibenarkan membawa walaupun pen; kena pakai robe lagi ?
5. Bagaimana videoklip ini boleh muncul setelah sebulan kejadian (iaitu 21.02.2011 sekitar 10 mlm).
“Cuba bayang kalau semua orang dok bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar dok tumpu dan buat ulasan masing-masing, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen dok bercakap mengenainya; hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA.
“Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan. Mereka mati kutu cara terbaik nak putar belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA. Lebih kurang satu decoy lah”, katanya.
Menurutnya lagi isu ini sepatutnya diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan menentukan kebenarannya.
“Sikap kita mudah sahaja. Kita tidak tahu apa pun tentang videoklip ini. Oleh itu kita minta supaya Datuk T, atau sesiapa juga yang terlibat, supaya membuat lapuran polis. Kemudian biar pihak berkuasa membuat siasatan dan kajian, termasuk dari segi pembuatan video dan lain-lain.
“Jika ianya tidak benar, maka pihak yang bertanggungjawab hendaklah dikenakan tindakan yang tegas termasuk pertuduhan jenayah. Malahan pihak polis sudahpun boleh bertindak kerana “Datuk T” tersebut melakukan satu kesalahan jenayah, “kerana memiliki satu video lucah”.
“Namun, jika siasatan polis dan pihak berkuasa mendapati videoklip itu betul, dan melibatkan pemimpin tersebut, maka tindakan mengheret beliau dengan pertuduhan jenayah hendaklah diambil. Bukan susah, dapatkan sahaja pelacur itu dan lelaki yang mengiringi pemimpin tersebut ke hotel tersebut. Dan jangan lupa siasat juga Datuk T itu”, katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan