Khamis, 5 Mei 2011

Zul Noordin Akui Kes Saiful Meragukan PKR


AIDCNews – 04/05/11 – Bekas peguam bela kes liwat I, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kes liwat ke-II yang dihadapinya telah mula meragukan ahli-ahli PKR terhadap Ketua Umum parti itu.
“Jadi bila berlaku kes Saiful timbul keraguan..timbul keraguan..orang dah mula tanya..kawan-kawan kita (dalam PKR) dah mula bincang.
“Ish..macam mana ni dia (Anwar) buat macam ni..pas tu dok delay-delay kes la..patutnya lawan lah..Lepas tu pergi ambil Karpal Singh pasal apa ?”, kata YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu.
Zulkifli yang merupakan salah seorang peguam bela Anwar pada tahun 1999 yang ketika itu bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa bersubahat dengan adik angkat, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan Abu Bakar yang juga merupakan bekas pemandu peribadi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam perbicaraan yang telah mengambil masa selama satu tahun empat bulan itu, pada 8 Ogos 2000, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Ariffin Jaka menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar dan Sukma. Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan. Klik di sini
Namun begitu, Ketua Umum PKR berjaya dilepaskan dari Penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004, setelah Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar dengan keputusan majoriti 2-1. Klik di sini dan sini


“Pasal apa dia (Anwar) pergi ambil Karpal Singh..lawyer dulu ada..saya pun ada..kenapa tak ambil balik Raja Aziz..ambil balik Gurbachan Singh…kenapa tak ambil Haji Sulaiman (Abdullah).
“Karpal Singh tak pernah jadi lawyer Anwar..jangan silap faham..semasa dulu pun..tahun 1998..dia (Karpal) jadi lawyer Sukma.
“Sedangkan kita kata Karpal Singh inilah pada 22 Oktober 1997, dialah orangnya yang mula-mula sekali dedahkan perilaku homoseks dan liwat Anwar Ibrahim”, kata Zulkifli Noordin.
Karpal Desak Anwar Bertaubat
Menurutnya ketika beliau masih dalam PKR, beliau bersama rakan-rakan lain mempertikai pengambilan Karpal Singh sebagai ketua peguam bela Anwar.
Katanya pengaduan itu turut juga disampaikan kepada Anwar sendiri.
“Kenapa ambil Karpal Singh. Dia (Karpal) ni kan yang memecahkan tembelang kata you (Anwar) ni kaki liwat dalam Parlimen 22 Oktober 1997. Dia (Karpal) tak boleh lari sebab benda (ucapan) itu dalam hansard parlimen. Klik di sinisinisini dan di sini
“Kemudian dia (Karpal) buat ucapan di Federal Hotel tahun yang sama..bawa dokumen ..kata saya (Karpal) ada dokumen..masa itu dia lawyer kepada Azizan dan Ummi Hafilda.
“Lepas tu dia (Karpal) jumpa kepimpinan PAS. Dia yang bagitahu kepimpinan PAS, Anwar ni gini-gini orangnya. Disebabkan itulah..kalau saudara-saudari masih ingat masa itu, kepimpinan PAS, ada yang melabel Anwar sebagai ‘Anwar Al Juburi’, katanya lagi.
Menurutnya lagi Karpal Singh lah yang mendesak Anwar meletak jawatan dan bertaubat apabila kegagalan Ketua Umum PKR itu mengotakan janji membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...