Isnin, 6 Jun 2011

Kawalan Ketat Pertembungan Kelantan-Terengganu



Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu ketika berlangsung perlawanan sengit menentukan juara Liga Super antara Terengganu dan Kelantan, esok.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata seramai 648 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium bagi memastikan tiada kekacauan berlaku.
Katanya, pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong membawa masuk barangan berbahaya seperti senjata atau mercun.

"Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penonton yang sengaja mencetuskan kekacauan sebelum, semasa atau selepas perlawanan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...