Sebuah portal berita melaporkan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins
Shamsuddin semakin lemah sehingga sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang
datang melawatnya.
"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah
kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di
sekeliling," ujar Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia
(Gafim), Jurey Latiff Rosli ketika menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang
dekat sini, pada Rabu.
Antara rakan seperjuangan yang hadir dalam program ziarah ini ialah
Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu,
Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.
MH Online mengharapkan agar Jins Shamsuddin dapat terus memeriahkan
industri seni negara kerana pengalaman dan ketokohan yang dimilikinya mampu
mengangkat perfileman negara ke tahap yang lebih tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan