KEMAMAN, 30 Julai
(Bernama) -- Perjalanan pulang ke kampung halaman dan tradisi ziarah menziarahi
sepanjang Syawal ini tidak lengkap tanpa lemang Kijal sebagai buah tangan untuk
keluarga tersayang.
Bagi
penduduk sekitar Pantai Timur, lemang Kijal di sini adalah antara menu wajib
yang mesti dibeli kerana keenakan rasanya yang tersendiri yang boleh didapati
di lokasi yang terkenal dengan nama 'Lemang Valley' yang tidak putus-putus
menerima kedatangan pelanggan.
Seorang peniaga, Khazalina
Khalid, 43, berkata beliau menjual lemang menggunakan 500 kilogram beras pulut
berbanding 30 kilogram sahaja pada hari biasa dan membuka gerainya 24 jam sejak
minggu terakhir Ramadan baru-baru ini.
"Tiga
hari terakhir Ramadan tu, memang hari yang paling sibuk untuk kakak dan tiga
anak yang bergilir-gilir menjaga gerai kerana bilangan pelanggan meningkat
mendadak, tambahan pula lokasi gerai ini terletak di jalan utama Kemaman-Kuala
Terengganu.
"Pada
1 Syawal dan hari ini pula, kakak hanya jual lemang yang sudah ditempah sahaja
kerana permintaan terlalu banyak tahun ini termasuk dari hotel, wakil rakyat
dan pemimpin masyarakat setempat yang mahu menjadikan lemang Kijal ini sebagai
menu hidangan kepada tetamu," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Lemang Kijal dijual pada
harga RM3, RM4 dan RM5 sebatang mengikut saiz buluh yang digunakan dan
keistimewaan lemang ini ialah peniaga menggunakan resipi rahsia warisan turun
temurun keluarga masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan