KUALA
TERENGGANU - Meloyakan! Begitulah gambaran terhadap tahap kebersihan di satu
sudut bahagian belakang Pasar Besar Kedai Payang, di sini, apabila ia
seolah-olah menjadi port melepaskan hajat kecil.
Pemaju Masyarakat di tempat aktiviti jahitan di pasar tersebut, Umi Kelsom Mustafar berkata, keadaan itu mendatangkan rasa mual apabila dia terpaksa menghidu bau hancing setiap hari hampir dua tahun lalu.
“Kalau basuh hari ini, esoknya keadaan berair semula seolah-olah setiap hari ada orang yang datang kencing di sini.
“Saya rasa orang datang buat kerja begini pada waktu malam kerana setiap pagi apabila datang ke sini, kawasan ini selalu basah dan berbau hancing. Kadang-kadang ada juga yang buang najis,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan