PETALING JAYA:
"Berani buat berani tanggung, tak usah nak mengaburi mata rakyat."
Demikian tegas,
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dalam proses rayuan akhir untuk mengetepikan
hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya,
Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, Anwar
seharusnya menggunakan mahkamah untuk mempertahankan diri dan bukannya
mengheret orang ramai supaya bersimpati dengan nasibnya.
"Buat apa nak
menyalak di luar, gunakanlah mahkamah untuk pertahankan diri, tak perlu nak
heret orang ramai supaya simpati, itu masalah peribadi beliau," tegasnya.
Menurut beliau,
orang yang baik akhlaknya tidak akan mendabik dada mengatakan dirinya adalah
terbaik dan sempurna.
"Hanya orang
yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu
dunia kononnya diri baik dan bersih," tegasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan