APA KAH PERANCANGAN YANG DIBUAT ATAU DIAMBIL OLEH MBKT ???
KUALA TERENGGANU – Parkir atau tempat
meletak kenderaan yang suatu ketika dahulu bukanlah keperluan kritikal ekoran
kurangnya kenderaan di atas jalan raya, kini menjadi masalah besar kepada warga
kota terutamanya di kawasan bandar Kuala Terengganu.
Susulan lambakan pelbagai jenis kenderaan
di atas jalan raya saban hari tanpa mengira cuaca panas mahupun hujan, orang
ramai mula menuding jari kepada kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan
(PBT) apabila timbul masalah parkir tidak mencukupi.
Itulah yang berlaku di tengah pusat
bandar Kuala Terengganu yang turut menempatkan Hentian Bas Majlis BandarayaKuala Terengganu (MBKT) (Klik), apabila pengguna kebanyakannya berang apabila
kenderaan mereka disaman penguat kuasa bertugas ketika menghantar ahli keluarga
menaiki bas ekspres ke destinasi tertentu, sedangkan parkir selalu penuh.
Penumpang bas, Suria Mamat, 34, yang mahu
pulang ke Butterworth, Pulau Pinang berkata, dia agak terkilan apabila rakannya
tidak dapat menghantarnya ketika hendak menaiki bas kerana tiada parkir kosong.
“Saya naik bas pukul 9 pagi, kawan yang
hantar, tetapi saya terpaksa menunggu bas seorang diri kerana dia (rakan) tidak
dapat mencari parkir sesuai. Saya bekerja di sini (Terengganu) hampir lima
tahun, tetapi masalah ini (tiada parkir) sering berlaku terutama apabila musim
cuti umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan