KAMPUNG BUKIT ARA (TERENGGANU) - ‘Bagai
menanti bulan jatuh ke riba’. Begitulah nasib seorang ibu tunggal, di sini, Nik
Azizah Nik Hussain, 49, yang hanya mampu menaruh harapan untuk mendiami
semula rumahnya setelah terbakar November tahun lalu.
Kelmarin, genap setahun peristiwa duka itu berlaku, namun yang mengecewakan masih tiada sebarang tindakan diambil sedangkan perkara itu sudah berada dalam pengetahuan pelbagai pihak, termasuk pihak insurans dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Tinjauan Sinar Harian mendapati, keadaan dalam rumah masih sama sebagaimana dilihat sehari selepas kejadian dan difahamkan, beberapa peralatan rumah yang masih selamat daripada kebakaran juga telah lesap dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.
“Saya tak pasti sampai bila harus menunggu tindakan pihak berkaitan setelah setahun kejadian berlalu.
"Malah, saya juga tidak tahu status sebenarnya dan hanya menunggu dengan penuh harapan," katanya.

Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan