Selasa, 2 Disember 2014

WAYANG "PEK JEE" BERTERUSAN DI SELANGOR ???

DUN Selangor Lulus Potong Gaji Empat Jawatan Penting Termasuk MB
Elaun bagaimana pulak ?
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin meluluskan cadangan pemotongan gaji bagi jawatan Menteri Besar, anggota exco, speaker dan timbalan speaker berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014 memperuntukkan gaji menteri besar dikurangkan daripada RM29,500 kepada RM25,000.
Gaji anggota exco dari RM20,250 kepada RM15,000; gaji speaker daripada RM22,500 kepada RM15,000 dan gaji timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000.  

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan rang undang-undang itu bagaimanapun berkata, pemotongan gaji itu tidak melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat adalah pada November tahun lepas. 
Mohamed Azmin berkata, pemotongan gaji bagi empat jawatan dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji sebelum ini yang dikatakan agak tidak munasabah khususnya bagi jawatan speaker dan timbalan speaker.
"Kerajaan negeri menjangkakan penjimatan sebanyak RM1.029 juta setahun menerusi pindaan gaji ini berbanding tahun 2014," katanya.
Terdahulu, Adun Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib, ketika membahaskan rang undang-undang itu, berkata pindaan gaji itu akan menjadi lebih adil sekiranya gaji Adun Selangor berjumlah RM11,250 turut dikurangkan.
Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, gaji yang diterima Adun Selangor adalah memadai dengan mengambil kira beban tugas yang harus dipikul mereka.
Adun Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San dalam perbahasan pula berkata, speaker sepatutnya menerima gaji lebih tinggi berbanding anggota exco menerusi pindaan gaji itu dengan mengambil kira peranan dan tanggungjawab jawatan itu. 
Persidangan DUN pada November tahun lepas meluluskan kenaikan gaji untuk empat jawatan berkenaan dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...