PETALING
JAYA: Penyanyi-penyanyi rock membidas seorang pakar motivasi dikenali sebagai
Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad - pemimpin muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerana menyelar kumpulan Search sebagai
'hantu' yang dijemput mengadakan persembahan pada Festival Belia Putrajaya pada
24 Mei lalu.
Vokalis
kumpulan Wings, Awie berkata, kenyataan pemuda itu seolah-olah datangnya
daripada seseorang yang tidak berakal tanpa memikirkan kesan akibat
perbuatannya itu.
Malah
kata Awie, Muhammad Lukman langsung tidak menghormati vokalis Search, Amy
sebagai seorang yang lebih tua daripadanya ketika membuat kenyataan tersebut.
"Pada saya ketika dia membuat kenyataan itu dia tidak sempat berfikir
perkataan digunakan dan langsung tidak menghormati Amy sebagai orang yang lebih
tua daripadanya.
"Amy
sudah berusia 57 tahun dan adakah dia sedar pengalaman Amy mungkin lebih banyak
daripadanya? "Jangan hanya kerana dia menggelar dirinya pakar motivasi dia
berhak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu sehingga terlupa tentang
perkara baik dilakukan Search atau penyanyi rock lain," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan