Ahad, 17 April 2016

Penganjur 'Blackout 505' didenda RM5,000

KUALA TERENGGANU - Presiden Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Othman Ismail, 58, dikenakan denda RM5,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, kerana gagal menyerahkan notis 10 hari sebelum penganjuran perhimpunan ‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.

Othman yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Dun Batu Burok, di sini, turut berdepan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas dia sebagai penganjur perhimpunan tersebut didapati bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9 (5) akta sama.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penganjur perhimpunan ‘Blackout 505’ yang diadakan di perkarangan Pasaraya Mydin, Kuala Ibai, di sini, pada 23 Mei 2013, kira-kira jam 8.30 malam telah gagal memberitahu Pegawai (Ketua) Polis daerah Kuala Terengganu mengenai perhimpunan tersebut 10 hari sebelum tarikh penganjuran.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat di hadapan Hakim Asmadi Hussin manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Ridzuan Muhamad.

Sebelum ini, pihak polis meminta penganjur ‘Himpunan 505’ supaya menukarkan tarikh dan lokasi perhimpunan dengan alasan notis awal diberikan pihak penganjur kurang 10 hari perhimpunan hendak diadakan.

Selain itu, lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.

1 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...