Isnin, 4 Januari 2016

Dicabul Ketika Temuduga Jawatan Jurufoto

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis dipercayai dicabul pemilik sebuah kedai gambar sewaktu menghadiri temu duga di premis itu di Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa, 20-an, dikatakan pergi menghadiri temu duga bagi mengisi jawatan kosong sebagai jurugambar yang ditawarkan kedai gambar terbabit.

Menurut sumber, pada peringkat awal, sesi temu duga dikendalikan oleh suspek, 28, berjalan lancar, malah suspek dikatakan bersikap profesional sepanjang sesi itu berlangsung.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minit temu duga berjalan, suspek telah mengajak mangsa masuk ke dalam sebuah bilik yang dijadikan sebagai studio rakaman gambar, kononnya untuk menguji kepakaran mangsa dalam fotografi.

Rabu, 30 Disember 2015

Kejadian Letupan Dan Kebakaran Melibatkan Peranti "HOVERBOARD"

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pelik tapi benar, laman membeli-belah atas talian, Amazon menggesa pelanggan yang membeli hoverboard melalui mereka supaya membuang peranti tersebut.

Menurut laporan Digital Trends, Amazon memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan-pelanggan mereka melalui emel susulan kejadian letupan dan kebakaran melibatkan peranti tersebut.

"Kami berharap anda faham bahawa keselamatan dan kepuasan anda sebagai pelanggan Amazon terjamin," kata Amazon di dalam emel.

"Pelanggan yang membeli hoverboard yang didatangkan dengan soket yang tidak mengikut piawaian United Kingdom perlu berikan peranti tersebut ke pusat kitar semula dan akan dipulangkan wang dalam tempoh tiga hari," jelas Amazon.

Awal bulan ini, United Kingdom Trading Standards merampas 15,000 hoverboard selepas tiga kes kebakaran yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 10 hari didapati berpunca dari peranti tersebut.

Beberapa syarikat penerbangan melarang Hoverboard daripada disimpan di dalam bagasi kerana dikhuatiri mampu meletup.


Sabtu, 19 Disember 2015

Tragedi air terjun: Imam surau seorang pemurah ilmu

KUALA SELANGOR - Abdul Halim Samian, 44, imam surau yang mati lemas ketika mandi bersama keluarga di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu hari ini, merupakan seorang dermawan dan tidak lokek kongsi ilmu agama.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah Surau Al-Fuqran Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Ahmad Latphy Ismail, 55, berkata arwah yang merupakan imam surau itu telah mewakafkan sebuah rumah teres dua tingkat di sini untuk dijadikan sekolah agama.

Sabtu, 5 Disember 2015

KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN BERHEMAH



Kerajaan negeri meminta Jabatan Mufti Terengganu membuat kajian mengenai penggunaan rokok elektronik vape sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, kajian tersebut akan dilakukan oleh pakar yang berkelayakan dalam bidang mereka untuk memudahkan Jabatan Fatwa Terengganu mengeluarkan fatwa mengenai penggunaan rokok elektronik itu.

Ahad, 29 November 2015

Al-Fatihah: Raja Muda Kedah mangkat


ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Difahamkan, kemangkatan almarhum akibat sakit tua.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jenazah almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada jam 1 petang.

“Jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir.

Selasa, 17 November 2015

SYABAS: Terengganu Kekal Cemerlang UPSR 2015

Terengganu berjaya menterjemahkan prinsip `Memperkasakan Pendidikan’ menerusi  konsep Terengganu Transformasi Baharu (TTB) berikutan berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 2,558 dari 20,121  calon  meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 12.70 peratus, berbanding 12.10 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata pencapaian UPSR pada tahun ini menunjukkan keputusan lebih baik berbanding 2014 dari segi kuantiti dan kualiti di mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun lepas.

Isnin, 16 November 2015

Chong Wei Lengkapkan Koleksi Juara Super Series

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei akhirnya melengkapkan koleksi juara kejohanan Super Series yang pernah disertainya.

Pemain berusia 33 tahun itu memenangi gelaran Terbuka China buat kali pertama dengan penuh bergaya, mengenepikan pilihan utama dari China, Chen Long 21-15, 21-11 dalam saingan akhir perseorangan lelaki dalam masa 50 minit di Fuzhou, Ahad.

Beliau adalah pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah meraih kejayaan di China.

Wong Choong Hann muncul juara perseorangan lelaki pada tahun 2002 dan isteri Chong Wei, Wong Mew Choo, meraih gelaran perseorangan wanita pada tahun 2007.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...