KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama)
-- Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David gagal
meneruskan kemaraan pada Terbuka Carol Weymuller 2012 apabila terkandas di
peringkat suku akhir pada Jumaat.
Laman web skuasy, www.squashsite.co.uk, melaporkan Nicol tumpas kepada pemain dari England, Alison Waters 9-11, 11-5, 3-11 dan 7-11 di Casino Heights, Brooklyn di New York, Amerika Syarikat.
Kekalahan tersebut adalah yang kedua buat Nicol, 29, selepas tumpas mengejut
kepada pemain dari Mesir Raneem El Weleily pada perlawanan akhir Terbuka
Malaysia, awal bulan ini.Laman web skuasy, www.squashsite.co.uk, melaporkan Nicol tumpas kepada pemain dari England, Alison Waters 9-11, 11-5, 3-11 dan 7-11 di Casino Heights, Brooklyn di New York, Amerika Syarikat.
Alison yang beraksi dalam undian utama menerusi pusingan kelayakan, akan berdepan rakan sepasukan Laura Massaro di peringkat separuh akhir, manakala satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pertembungan dua pemain Mesir iaitu di antara Raneem menentang Nour El Sherbini
KEPUTUSAN:
[7] Nour El Sherbini (EGY) kln [3] Jenny Duncalf (ENG) 11-6, 11-9, 11-7;
[2] Raneem El Weleily (EGY) kln Joelle King (NZL) 3-11, 10-12, 11-3, 11-8, 13-11;
[4] Laura Massaro (ENG) kln [6] Annie Au (HKG) 9-11, 11-4, 11-3, 11-6;
[Q] Alison Waters (ENG) kln [1] Nicol David (MAS) 11-9, 5-11, 11-3, 11-7.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan