NELAYAN PUKAT TUNDA PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS JIKA MELANGGARI SYARAT2 PERLU OLEH APMM.
RASANYA PERKARA INI TELAH
BERULANG-ULANG KALI DIPERSOALKAN. SEKALI KELUAR KENYATAAN, BARU NAK BERTINDAK.
KELENGKAPAN SEMUANYA MODEN
BELAKA, ATAU PEGAWAI ANGGOTA TIDAK MENCUKUPI ? INI TIDAK MENJADI ALASAN.
KUALA TERENGGANU - Statistik Jabatan Perikanan
mendapati purata 180,000 tan metrik ikan baja atau anak ikan ditangkap dalam
masa setahun oleh nelayan yang menggunakan pukat tunda.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, penangkapan ikan baja itu berlaku disebabkan faktor pencerobohan nelayan pukat tunda ke kawasan Zon A iaitu dari 0 hingga lima batu nautika dari pantai.
Menurutnya, kawasan berkenaan sebelum ini hanya dikhaskan untuk nelayan yang menggunakan peralatan tradisional.
“Sememangnya penggunaan pukat tunda sangat efisien dari segi menangkap ikan berkelas komersial yang mana hampir 50 peratus atau lebih 700,000 tan metrik jumlah pendaratan ikan yang direkodkan adalah hasil pukat tunda.
“Namun, kita agak kesal sebab sekitar 25 peratus daripada hasil ikan pukat tunda merupakan ikan baja atau anak ikan yang tak sempat membesar dan anak ikan ini kalau dibiarkan dua hingga tiga bulan lagi boleh membesar dan memberi hasil yang menguntungkan,”
katanya pada sidang media sempena Majlis Interaksi Bersama Nelayan Komersial Zon B dan Zon C di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan