BESUT - Seorang pencuri dikatakan
bertindak biadab apabila bukan sahaja melarikan barang berharga di rumah
mangsanya tetapi dipercayai turut kencing pada senaskhah al-Quran di dalam
rumah mangsa dalam kejadian di Kampung Renek, dekat Jabi, kelmarin.
Mangsa, Che Ahmad Che Will, 52, berkata, dia
menyedari rumahnya dipecah masuk apabila pulang dari Kuala Lumpur bersama
isteri dan seorang anaknya kira-kira jam 7 petang kelmarin.
Menurutnya, dia sekeluarga meninggalkan rumah
pada Jumaat lalu dan terkejut sebaik tiba petang kelmarin apabila mendapati
keadaan dalam rumah berselerak dan pintu bilik bahagian dapur terbuka luas.
“Setelah pemeriksaan dibuat saya dapati seunit
televisyen bersaiz 31 inci dan satu tabung duit milik anak saya yang
mengandungi wang kira-kira RM100 telah hilang.
“Saya syak pencuri pecah masuk ke dalam rumah ketika tiada di rumah dan saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih mengenai kehilangan dua barang tersebut,” katanya.
“Saya syak pencuri pecah masuk ke dalam rumah ketika tiada di rumah dan saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih mengenai kehilangan dua barang tersebut,” katanya.
Che Ahmad berkata lagi, selepas pulang membuat
laporan polis, dia sekeluarga terhidu bau hancing air kencing yang semakin kuat
baunya pada sebelah malam.
Menurutnya, selepas diperiksa arah dan tempat bau hancing tersebut, dia dapati bau itu datang dari satu rak menempatkan buku termasuk senaskhah al-Quran yang terdapat di dalam bilik anak perempuannya.

“Kami percaya salah seorang daripada suspek
telah membuang air kecil di rak buku tersebut menyebabkan ia terkena pada
al-Quran berdasarkan terdapat kesan air kencing di situ.
“Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada suspek
sengaja kencing pada al-Quran itu atau sebalik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan