Tetapi sebaliknya di Masjid Rusila bendera GAZA yang diagungkan ??
Marang - Seorang peniaga di pasar lama Kedai Buluh di sini, Maimun Sulaiman, 46, kesal
tindakan beberapa pemilik premis perniagaan tumpuan ramai di situ yang
membiarkan Jalur Gemilang koyak tidak berganti.
Malah
ada juga premis yang masih lagi belum mengibarkan Jalur Gemilang.
“Satu
bendera pun sudah cukup, tetapi macam tidak ada di sini. Saya harap dalam
beberapa hari lagi keadaan berubah. Tak kisahlah kalau terpaksa berbelanja
untuk bendera kerana yang penting negara kita sudah merdeka,” katanya.
Kempen
kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan masih belum mendapat sambutan memuaskan
di daerah ini.
Tinjauan
Sinar Harian di sekitar Parlimen Marang mendapati hanya bangunan kerajaan dan
institusi pendidikan yang mengibarkan Jalur Gemilang.
Beberapa
orang awam yang ditemui ternyata gembira dengan suasana ceria bangunan kerajaan
pusat dan negeri serta pejabat kerajaan di daerah ini kelihatan berwarna-warni
dengan hiasan bendera.
Mohamad
Zamri Nawang, 35, berkata, kibaran Jalur Gemilang perlu dilakukan setiap tahun
khususnya sepanjang sambutan bulan kemerdekaan setiap Ogos untuk mengingatkan
orang ramai mengenai nilai kemerdekaan.
“Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh semua pihak. Kibaran bendera yang banyak ini mengembalikan nostalgia bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. Malah, bulan kemerdekaan perlu diraikan seperti bulan perayaan lain,” katanya.
“Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh semua pihak. Kibaran bendera yang banyak ini mengembalikan nostalgia bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. Malah, bulan kemerdekaan perlu diraikan seperti bulan perayaan lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan