Sabtu, 27 September 2014

ANGKARA "MAT KUDA" Kes curi pili bomba menjadi-jadi


KAMPUNG RAJA - Kejadian mencuri komponen pili bomba semakin menjadi-jadi sehingga boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai sekiranya berlaku kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, kes kecurian komponen pili bomba semakin berleluasa di daerah ini terutama di kawasan Kampung Raja.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga semalam, bilangan komponen dan pili bomba yang didapati hilang atau rosak sebanyak 63 unit.


“Perkara ini berlarutan setiap tahun dan ia menjejaskan kepentingan orang ramai terutama ketika berlaku kebakaran.

“Sekiranya berlaku kebakaran sudah tentu pili bomba yang tidak mempunyai komponen cukup menyebabkan pasukan bomba tidak dapat mengambil air,” katanya.

Hasmadi berkata, pihaknya sudah berusaha mengganti dan membaiki semula pili bomba yang komponennya dicuri pihak tidak bertanggungjawab, namun dalam tempoh singkat, ia hilang semula.

Katanya, pada awal tahun ini sahaja, pihaknya membelanjakan kira-kira RM10,000 untuk menggantikan komponen yang hilang, selain menyelenggarakan kira-kira 25 unit pili bomba di bawah Balai Bomba Besut.

“Kawasan yang kerap mengalami kehilangan komponen pili bomba adalah di sekitar Gong Medang, Kampung Raja dan Tembila.

Sumber: KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...