Ahad, 21 September 2014

JENG...JENG...JENG...MANUSIA BOSAN MENJADI KAYA ????


Kota Bharu: “Wang dan kemewahan hanya membangkitkan kebencian sesama manusia dan disebabkan itu saya putus asa mencari kekayaan dunia sekali gus memilih jalan ini,” luah Roxhana Omar, 35 yang rutin hariannya mencari golongan kurang berkemampuan seperti miskin dan cacat untuk dibantu secara sukarela.

Bagi Roxhana, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih untuk berhenti mengumpul harta dunia demi bersama golongan berkenaan selaku pejuang mereka dalam mendapatkan sedikit kesenangan untuk meneruskan hidup. 
Katanya, pilihan itu juga tidak datang begitu saja, sebaliknya ditunjukkan Allah SWT menerusi ujian perit yang pernah dilaluinya beberapa tahun lalu membabitkan kehancuran rumah tangga yang dibina bersama bekas suami pertama. 
Tidak berhajat untuk menceritakan kembali kisah berkenaan, ibu dua anak itu mengakui kejadian terbabit membuka matanya dan memberi kesedaran bahawa kekayaan bukan jaminan untuk dia memperoleh hati yang gembira dan tidak sunyi.
“Ketika itu saya mula sedar duit yang banyak memang memberi kesenangan, namun bukan kegembiraan. Orang mula membenci satu sama lain kerana wang dan tiada langsung kegembiraan di dalam hati, sebaliknya kekosongan.

“Saya ‘merajuk’ dengan wang dan enggan menjadi hamba wang lagi, seterusnya memilih jalan yang memberi kepuasan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...